Sunday, February 1, 2009

sepit biru

Di laman blog ini saya akan membicarakan tentang aktiviti dan pengalaman saya dan rakan –rakan berkaitan dengan aktiviti memancing.

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu iaitu pada 24.01.2009 saya telah berkesempatan turun ke sungai , setelah hampir lapan tahun tidak turun ke sungai untuk melabuhkan joran.Gian untuk melontarkan joran ke dalam sungai akan terlepas juga pada hari ini.Seperti yang dijanjikan tepat jam 9..30 pagi saya telah turun ke sungai bersama Raja Pancing Sungai Lebir.iaitu Abe Abe ialah seorang yang pakar di dalam mengail sepit biru. Dengan menaiki bot Abe yang panjangnya 22 kaki kami membelah sungai Lebir menuju ke lubuk-lubuk Sepit Biru. Pemandangan di kiri kanan sungai adalah amat menarik sekali , dengan berpuluh –puluh pengail yang berada di tebing sungai mencuba nasib untuk menaikan sepit biru. Di sungai Lebir ini terdapat banyak lubuk -lubuk yang dalam yang dihuni oleh sang sepit biru. Setelah membelah sungai hampir sejam ,kami pun sampai di lubuk yang menjadi buruan pengail sang Sepit Biru. Lubuk yang terletak berhampiran dengan kampung Majong itu adalah sangat dalam dan menjadi buruan para pemancing. Saya dan Abe tanpa melengahkan masa terus melabuhkan joran . Maka bermulalah pesta menaikan sepit biru antara saya dan Abe. Setelah lengoh tangan memutar mesin kail menaikan sepit biru , saya dan Abe berpatah balik ke pengkalan di bawah jambatan Manik Urai. saya dan Abe rasa berpuas hati pada trip mengail sepit biru pada hari ini kerana mempereolehi hasil tangkapan yang boleh dikatakan lumayan juga.

No comments:

Post a Comment